Kita pijak sahaja mereka
Pernah lihat lalang? Kita hanya lalu, memijaknya, tanpa memikirkan keindahannya. Tuhan telah kurniakan satu keindahan alam, namun kita masih tidak mengenalnya.
Derumu
menempiarkan taut awan
menempiaskan lebat cemar
melampiaskan hawa dendam
leluasakah monsun
pembohongan?
Pada celah rekah hembusan
sebalik kersik daun bersingkapan
lewat pohon tak tercondongkan -
kebenaran pasti
kedengaran!
Amrul Hafeez Bakri
Dungun, Terengganu
Comments
Post a Comment