Landscape photography tips

Assalammualaikum,

Hari ni lak kita berbincang sal Landscape  Photography, ramai yang berminat dengan landscape photography ni, ramai jugak yang telah hasilkan gambar-gambar yang menarik hati dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Di bawah ni, aku letak beberapa tips untuk landscape photography.

Aku baru jugak dalam bidang ini, tapi ini something yang aku rasa aku patut share sama-sama ngan individu-individu yang minat dengan fotografi. =)

Tips ni aku cilok dari internet dan aku translate ke BM.

1. Gunakan tripod

Tripod ni penting jugak dalam fotografi ni. Walaupun agak leceh nak bawak sebab berat n besar, tapi terpaksa. Ini sebab exposure gambar untuk landscape boleh jadi dari 1/250s ke 1 minit. Jadi kalau 1 minit tu tak ada tripod, bukan ka susah? Kalau anda dalam keadaan yang tripod tidak dapat digunakan, letakkan kamera anda di atas tempat yang sesuai untuknya, atas kereta, batu, pagar. Jangan letak atas tempat yang basah.


2. Gunakan Shutter Release

Shutter release, walaupun nampak cam agak remeh, tapi ni slh satu kit yang anda perlu jika anda ambik gambar yang long exposure. lau dah tak ada shutter release ni, salah satu tips ialah gunakan 2 second timer. tu pun banyak gak membantu.


3. Tengok dan belajar daripada individu yang lain

Kaji teknik diorang ambik gambar. Tengok gaya dan mutu gambar, kaji dari aspek horizontal line, vertical, angle, foreground. Lepas tu, cuba try snap macam yang mereka snap. Lepas tu lagi, improvise, rujuk gambar mereka dan ubah suai, jadikan lebih baik dari pandangan mata anda. Ingat, bukan kamera yang memainkan peranan dalam penghasilan gambar yang unik dan fantastik.

4. Foreground

Foreground ni merupakan satu objek yang boleh dimasukkan kedalam imej landscape anda untuk menjadikan imej itu lebih menarik. Bayangkan kita ambik gambar di tepi pantai, jika ambik gambar pantai sahaja akan menunjukkan mood yang kurang menarik tetapi tenang mata memandang. Tetapi, jika terdapat sebatang pokok kelapa di tepi gambar tersebut, mata individu yang memerhati gambar tersebut akan terus ke pokok kelapa yang sedia ada. Foreground ni membantu juga dalam mem'balance'kan imej yang anda telah hasilkan. 

Nampak macam mana foreground membantu, kita akan lebih fokus dibahaguan batu, manakala middle-ground yang dihasilkan merupakan reflection daripada background yang ada. ini salah satu imej yang menarik dan memukau sesiapa yang melihatnya, imej ini turut menggunakan long exposure, ini saya akan turutkan di dalam tips yang seterusnya.


5. Lead in lines.

Lead in line boleh menghasilkan gambar yang unik sambil membuatkan kita terfikir. Makna lead in lines ni ialah gambar yang mempunyai 'trail' atau jalan yang menghubungkan sesuatu objek. Ini dapat juga diaplikasikan kedalam 'potrait-photography'. 
Contoh di dalam Landscape
Contoh untuk Potrait

Ini sahaja kot untuk kali ni, dah penat, so nanti aku sambung balek. =)

Comments

Popular Posts